Monday, October 7, 2013

Soalan Lazim

S. Apa itu CCRIS dan CTOS?

J. CCRIS atau nama singkatan untuk Central Credit Reference Information System adalah rekod yang disimpan oleh bank negara mengenai keupayaan kredit anda di mana ianya boleh diakses oleh mana-mana institusi kewangan apabila diminta oleh mereka.

Laporan CCRIS ini akan menunjukkan semua hutang anda yang sedia ada dengan bank tentang jumlah pinjaman, interest dan caj-caj tertunggak pada setiap pinjaman anda (perumahan, kereta, peribadi, kad kredit, sewa beli dan overdraf).
Institusi kewangan biasanya akan menilai tahap kredit anda dengan menganalisa setiap pinjaman, baki pinjaman serta rekod bayaran pinjaman anda. Biasanya, institusi kewangan akan menolak permohonan anda sekiranya terdapat dua (2) bulan tertunggak untuk bayaran setiap pinjaman.
Di bawah ini adalah kod rekod yang menunjukkan setiap bulan pembayaran anda.
0 – pembayaran tepat pada waktunya
1 – pembayaran lewat sebulan
2 – pembayaran lewat 2 bulan
3 – pembayaran lewat 3 bulan
Dan juga akan dinyatakan samada anda pernah menerima perintah mahkamah atau tidak.
Jadi sebagai langkah keselamatan, anda dinasihatkan untuk menghubungi setiap bank untuk memadamkan rekod CCRIS anda setelah hutang anda dengan bank tersebut dilangsaikan.
Anda boleh mendapatkan laporan pinjaman anda dengan mengunjungi BNMLINK di:

Ground Floor, D Block, Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur.
Tel: 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK) (Overseas: 603-2174-1717)
Fax: 603-2174-1515 E-mail: bnmtelelink@ bnm.gov.my


Untuk maklumat lanjut berkenaan CCRIS layari:


http://creditbureau.bnm.gov.my


CTOS Sdn Bhd atau nama singkatan untuk Credit Tip Off Service adalah organisasi yang mengumpul maklumat jika terdapat bankrupsi dan saman terhadap individu atau syarikat dan maklumat tersebut akan didaftarkan ke dalam pangkalan data elektronik mereka.

Maklumat bankrupsi mengandungi maklumat terhadap orang perseorangan dan syarikat yang sedang atau sudah bebas dari bankrupsi. Laporannya mangandungi maklumat seperti no fail mahkamah, tarikh notis atau arahan mahkamah, nama individu, no kad pengenalan dan jika dalam perbicaraan, tarikh sebut kes di mahlamah.
Maklumat saman pula mengandungi butiran mengenai saman yang telah dikeluarkan, no pemfailan mahkamah, lokasi pemfailan, tarikh notis atau arahan mahkamah, nama individu atau syarikat, jumlah saman (jika ada), no kad pengenalan individu atau syarikat (jika ada)dan tarikh sebut kes di mahkamah.
Anda boleh mendapatkan laporan percuma CTOS dari:

CTOS Sdn Bhd (209649-U)

Unit A-8-4, 8th Floor, Megan Avenue 1,
No 189, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur,Malaysia
Tel: 603-2770 8833 Fax: 603-2770 8834
Website: www.ctos.com.my

Maklumat berkenaan CTOS juga boleh di dapati di Jabatan Insolvensi Malaysia atau melalui portal e-Insolvensi iaitu melalui ejen berdaftar seperti:

http://www.myeg.com.my,
http://www.e-services.com.my atau
http://www.rilek.com.my
Untuk maklumat lanjut layari: http://www.bheuu.gov.my/jim/index.shtml
Di dalam kes ctos, anda juga perlu menghubungi pihak bank meminta surat penyelesaian hutang untuk dikemukakan kepada pihak CTOS untuk membersihkan nama anda.

0 comments: